Ciri-ciri stesen Stesen MRT Surian

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian, Kota Damansara, Selangor. Di sebelah utara stesen adalah pusat komersial Dataran Sunway (menempatkan pusat membeli-belah Sunway Giza)[8] dan di sebelah selatan stesen adalah kompleks kondominium dan pusat membeli-belah Tropicana Gardens. Juga terletak berhampiran stesen adalah kompleks pangsapuri mewah Casa Indah Kelab Golf Seri Selangor, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara dan Encorp Strand Mall.[9]

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Mutiara Damansara)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Kota Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Sunway Nexis dan Tropicana Gardens
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[10][9]

Pintu stesen

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Surian. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[11][12][13] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Dataran Sunway, dan bangunan kedai-kedai di Jalan PJU 5/8.[10][9] Terdapat dua jambatan pejalan kaki yang telah dipersetujui oleh MRT Corp iaitu, dari Sunway Nexis (Pintu C) dan Tropicana Gardens; jambatan tersebut akan disambungkan ke aras legar stesen MRT Surian.[14]

Stesen Laluan Sungai Buloh–Kajang
PintuLokasiDestinasiGambar
ASelatan stesenPersiaran Surian
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Persiaran Damansara Indah, Sri Selangor Golf Club, Kondominium Casa Indah 1 dan 2, dan Tropicana Gardens.
BUtara stesenJalan PJU 5/8
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Dataran Sunway, Sunway Giza dan Encorp Strand Mall.
CTimur laut stesenSunway Nexis
Selatan stesenTropicana Gardens
Pusat Membeli Belah Tropicana Gardens dan kedai-kedai.

Reka bentuk stesen

Platform 1 stesen Surian menghala ke Kajang.

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[15][16] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[17]

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Surian http://www.orientaldaily.com.my/s/156188 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_sur... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_sur... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bigkl.com/mrt/surian-mrt-station/ https://www.railjournal.com/regions/asia/malaysia-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07...